Tuesday, June 11, 2013

solat-solat sunat...:)

Assalamualikum & Salam Sejahtera bt kwn2.....sejak dua menjak nie saya lebih bnyk meluangkan masa dgn ber'blog'.... ber'fb' & etc....:)
entry kali nie saya ingin berceritakan tentang solat-solat sunat yang boleh kita lakukan....antaranya :

SOLAT TAHAJJUD
Erti Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Dikerjakan 2 rakaat. Masanya selepas bangun dari tidur malam.

Fadhilat solat ini adalah :

  • mendapatkan pengawasan ALLAH & menampakkan kesan-kesan ketakwaan di wajahnya.
  • dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang-orang Mukmin.
  • menjadikan percakapannya hikmah dan bijaksana.
  • wajahnya bersih bersinar ketika dihimpun
  • dimudahkan hisab ke atasnya.
  • melalui siratul mustaqim seperti kilat yang menyambar.
  • menerima catatan amalannya dari tangan kanan. 
Cara mengerjakannya :

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah yang dibaca sesudah al-fatihah adalah :
  1. dalam rakaat pertama dibaca surah Al-Kafirun.
  2. dalam rakaat kedua dibaca surah Al-Ikhlas.
Doa selepas solat tahajjud :



In sha Allah saya juga akan melakukan solat ini apabila ada peluang...:)
Sama-sama kita perbanyakkan amalan kita di dunia untuk dibawa ke akhirat kelak...:)

No comments:

Post a Comment